Pameran Maya

Revolusi Penerbitan
Perpustakaan Negara Malaysia

Pameran Maya: Revolusi Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia merupakan pameran yang mengetengahkan beberapa koleksi terpilih terbitan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Pada peringkat awal, PNM aktif menerbitkan bibliografi dan direktori. Bibliografi Islam Di Malaysia dan Direktori Pustakawan Malaysia: Directory Malaysian Librarians merupakan terbitan terawal yang diterbitkan oleh PNM.

Bermula pada tahun 1985, PNM mula aktif menerbitkan buku-buku yang membicarakan maklumat manuskrip yang terdapat di PNM sehingga kini.