Buku Mewah


Warisan Manuskrip Melayu : Edisi Kedua

ISBN: 978-967-931-343-7

No panggilan:

B uku mewah yang terulung yang diterbitkan dalam negara mengenai manuskrip Melayu. Mengandungi 14 bab hasil nukilan sekumpulan cendekiawan dalam bidang pengajian manuskrip Melayu dari dalam dan luar negara. Dipenuhi dengan 169 gambar mewarna manuskrip dari koleksi Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia.



Hikayat Hang Tuah

ISBN: 978-967-931-246-1

No panggilan: 899.2309 HIK f M

H ikayat Hang Tuah merupakan transliterasi oleh YBhg. Prof. Dr. Siti Hawa Salleh daripada naskhah Hikayat Hang Tuah (MS 1713) koleksi PNM yang disenaraikan dalam Memoir of the World Register.



Jubli Emas Perpustakaan Negara Malaysia (1996-2016) : Memelihara Naskhah, Menyebar Fikrah

ISBN: 9789679313017

No panggilan: 027.509595 JUB M

B uku ini merupakan catatan memori pencapaian dan sumbangan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai peneraju pembangunan dan perkhidmatan perpustakaan di Malaysia selama lima dekad dari tahun 1966 sehingga 2016.