Buku Terlaris



Seksologi : Ilmu Perkasihan Melayu

ISBN: 978-967-931-342-0

No panggilan: 306.7 HAR MR

K arya ini merupakan satu bidang yang popular dalam masyarakat Melayu pada masa lalu dan masa kini, merupakan bidang ilmu yang sangat luas penyebarannya. Sebagai warisan budaya Melayu ilmu ini terdapat dalam pelbagai teks, termasuk manuskrip, baik yang telah diterbitkan mahupun yang masih dikaji. Ringkasnya bidang ilmu ini juga adalah antara ilmu-ilmu tradisional Melayu yang telah tersebar sejak ratusan tahun yang lalu. Dalam situasi masa kini, bidang ini juga tergolong popular dengan adanya pelbagai judul buku diterbitkan dan diedar melalui kedai-kedai buku khasnya dalam kategori pengetahuan agama Islam.



Kitab Tib : Ilmu Perubatan Melayu Edisi Terkini

ISBN: 967-931-161-9

No panggilan: 615.880899923 HAR MR

K itab ini mengandungi pelbagai pembicaraan mengenai perubatan Melayu tradisional, dipetik dan disunting daripada 10 nashkah warisan manuskirp Melayu dalam koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia. Karya ini dikemukakan sebagai karya ilmu dalam rangkuman ilmu atau epistemologi Melayu: iaitu ilmu perubatan, ilmu bintang, ilmu ramalan dan penujuman, ilmu tanaman, ilmu bahasa dan sastera, ilmu pertukangan, ilmu berahi dan lain-lain.



Sumber Historiografi di Alam Melayu : Koleksi Peribadi John Bastin Edisi Terkini

ISBN: 978-967-931-357-4

No panggilan: 907.2 DEN M

B uku ini merupakan hasil karyawan Tamu Dr. Tatiana A. Denisova yang telah menjalankan kajian pada tahun 2007. Buku ini mengandungi hasil kajian beliau mengenai Sosiologi Melayu berdasarkan koleksi peribadi Dr. John Bastin. Tujuan kajian untuk mengemukakan pelbagai maklumat yang terdapat mengenai teori-teori, pandangan dan pendapat serta data penting mengenai sejarah Melayu.