Terbitan Pertama



Bibliografi Islam di Malaysia

ISBN: 967-99913-2-6

No. Panggilan: 016.29709595 BIB f MR

B ibliografi ini menyenaraikan bahan-bahan terbitan mengenai Islam di Malaysia sehingga tahun 1984. Bibliografi ini disusun dalam dua bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada monograf dan artikel. Bahagian kedua pula mengandungi senarai majalah Islam terbitan dalam negeri. Bibliografi ini merupakan terbitan pertama Perpustakaan Negara Malaysia yang membantu para penyelidik dalam mencari bahan-bahan berhubung dengan Islam di Malaysia.



Panduan Pustakawan Malaysia Edisi ke-3
Directory Malaysian Librarians

ISBN: 967-931-000-0

No. Panggilan: 020.25595 PAN f MR

P anduan ini merupakan edisi ketiga kepada Panduan Pustakawan Malaysia yang diterbitkan terdahulu pada tahun 1973 dan 1977. Di dalam buku ini seramai 383 orang Pustakawan dan Pegawai Perpustakaan Malaysia disenaraikan sehingga Ogos 1985.



Katalog Manuskrip Melayu Mikrofom

ISBN: 967-931-192-9

No. Panggilan: 011.31 PER MR

K atalog ini memuatkan maklumat ringkas tentang manuskrip Melayu yang diperoleh Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dari tahun 1987-1988.