Trend Penerbitan PNM: 1990-1999



Jurnal Filologi Melayu

ISBN: 0128-6048

No. Panggilan: 899.2305 JFM MS

J urnal tahunan ini diterbitkan oleh PNM khusus untuk menyerbarluaskan ilmu mengenai manuskrip Melayu kepada masyarakat. Jurnal ini memuatkan artikel-artikel ilmiah yang dihasilkan oleh para tokoh dan sarjana di dalam dan luar negara dalam bidang pengajian manuskrip Melayu. Artikel-artikel yang dimuatkan adalah mengenai pelbagai bidang berkaitan manuskrip Melayu.


Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996

ISBN: 967-931-083-3

No. Panggilan: 028.909595 PRO M

B uku ini merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Frank Small and Associates bagi pihak Perpustakaan Negara Malaysia mengenai profil minat membaca rakyat Malaysia. Kajian ini meliputi semua peringkat umur yang dijalankan pada tahun 1995. Buku ini turut dicetak dalam Bahasa Inggeris.


Perpustakaan Negara Malaysia : Satu Kronologi 1966-1996

ISBN: 967-931-066-3

No. Panggilan: 027.5595 PER f M

B uku ini memuatkan urutan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Perpustakaan Negara Malaysia semenjak Jabatan ini ditubuhkan. Buku ini bukan sahaja menjadi sumber rujukan mengenai Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga mengandungi maklumat mengenai sejarah perpustakaan di Malaysia.