Trend Penerbitan PNM: 2010-2019



Panduan RDA Malaysia : Edisi Kedua

ISBN: 978-967-931-302-4

No. Panggilan: 025.32 PAN M

B uku Panduan RDA Malaysia ini menyediakan pengenalan dan panduan asas kepada institusi dalam melaksanakan RDA sebagai standard pengkatalogan peringkat kebangsaan.


Standard Entri Pengkatalogan Malaysia: Nama Badan Selembaga

ISBN: 978-967-931-284-3

No. Panggilan: 025.322209595 STA M

B uku ini merupakan standard yang pertama mengenai badan selembaga yang diterbitkan secara rasmi oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Standard ini dapat membantu para pustakawan dalam menentukan entri nama badan selembaga Malaysia semasa proses pendokumentasian. Ini bagi menghasilkan entri nama badan selembaga Malaysia dan fail kuasa yang seragam dan berkualiti serta dapat dikongsi dan diperakui pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


Kaedah Pembelajaran Jawi (Cetakan Kedua)

ISBN: 978-967-931-260-7

No. Panggilan: 499.2311076 AZM M

B uku ini mengupas kaedah pembelajaran Jawi bermula pada peringkat asas lagi dengan memperkenalkan kepada pembaca tentang permasalah huruf. Kandungannya menjelaskan tentang perbezaan antara huruf Jawi dengan huruf Arab, huruf gubalan Melayu, mengenal garis duduk huruf Jawi, mengenal sifat-sifat huruf Jawi, penyambungan dan perangkaian huruf.